Saturday, 31 December 2011

revoir

2011

terlalu banyak perkara yang jadi. now, past is past. i'm going to the future. tolong hamba Mu ini ya Allah.. 

2012 is coming. tomorrow. aku betul2 nak berubah. nak jadi insan yang lebih baik. nak jadi anak yang lebih baik. nak jadi pelajar yang lebih baik. nak jadi kawan yang lebih baik. bukan senang nak tinggalkan benda2 yang dah sebati dalam diri kita ni. tapi hendak seribu usaha x nak memang banyak auta. sekarang ni aku dah mulakan usaha2 untuk berubah. bukak je midsem nanti aku akan lancarkan perubahan aku ni. tapi slow2 la. hehe.



2012. i'm coming to you bebeh.

to 2011 
addio. despedida. lebwohl. beannacht. revoir.





Monday, 26 December 2011

macam macam boboi

lokasi : rumahku syurgaku

setelah aku telah membiarkan belog ini bersawang untuk beberapa minggu, kini boboi welcome home. banyak cerita yang aku nak kongsikan bersama. apa??? bukan filem kongsi la.. dalam kesibukan belajar, tutorial menimbun, esaimen menggunung, lab report paras gunung kinabalu, nak kejar due date proposal dan projek bagai, tapi aku masih bergiat aktif dalam program2 yang ada kat kolej. antaranya SUKOL (sukan kolej), CUIT (carnival of unity of UiTM N9) dan MMP (minggu mesra PTAR).

meh baca ni. ayoh kawan2!

1. SUKOL

ni ada dalam entry yang lepas. tapi aku nak cite jugak sikit. aku participate untuk game frisbee. dan alhamdulillah team aku dapat johan. 



2. CUIT

yang ni paling best. seminggu program ni banyak gilerr aktiviti yang budak JPK ni anjurkan. dengan pesta makanan kat bawah kolej nye. macam2 ada. dominos, a&w, otak2, kebab, ice-blended dan macam2 lagi. tapi sori. aku x sempat nak snap gambar gerai yang melambak2 tu. untuk cuit ni, aku join pertandingan teater wakil kolej aku. tema : seniman p ramlee.dan alhamdulillah kolej aku dapat johan. gile ah. aku da la bidan terjun nye pelakon. tapi memang best pong storyline yang wani buat. tajuk kami penarik beca. then, aku participate untuk pertandingan golden hand acara menggubah tuala. dan sekali lagi alhamdulillah aku dapat johan. dapat la hadiah rm100. jom layan gambar yang sempat aku snap.


 watak : polis

 pistol mainan

 and the teater geng

 watak utama : amran

 hot gileh pelakon nih : tan sri
tengok la misai die. aku punye keje la tu.

kami di malam perasmian penutup

 aku dan sang burung kucing

  kurak dapat saguhati

 miza pong saguhati

 wani

azizah naqibahku

 burung yang bernilai 100





 kurak sang nenek

 2 kali aku tergelincir atas pentas. yang last aku hampir nak terpelok encik shidi. malu siot.

 hadiah aku dan kurak

lastly. blok sm6 menang blok paling sporting




3. MMP

occur seminggu sebelum mid term break banyak aktiviti yang ptar anjurkan. join je aktiviti dapat gift. yang paling syok tiap hari diorang bagi door gift yang berbeza. aku pong memang kemaruk kat benda2 camni. memang satu hari tu 3 4 kali masuk ptar join semua aktiviti. aku menang kat pertandingan roda ilmu je. nombor 2. alhamdulillah. kat luar ptar pong macam2 ada. ada trak bergerak klinik gigi, trak bahagian pelancongan, gerai makanan dan buku. aku ni da la pentakut ya amat kat si doktor gigi. tapi disebabkan nak dapatkan door gift dari trak gigi ni aku pergi la jugak. hasilnya , "gigi adik semua sihat." hehehe.. kat trak pelancongan pulak aku angkot semua brochure kat situ. ada la satu beg sekolah aku ni. sampai abang kat situ tanya " hai dik. nak bukak travel agency ke??" aku jawab je la "haah bang.." aku nak bawak family aku melancong lah!


ni je yang aku sempat snap.


kesimpulanya : janganlah paranoid sangat. belajar sampai x nampak alam sekeliling. tolonglah beb. manusia belajar dari alam ok. baru la jadi insan yang kamil. x payah nak kejar DL sangat la. bukan nya join benda2 macam ni x boleh dapat DL. lagi best bro ada la pointer korang kalau aktifkan diri dengan segala mak nenek program.




:: dari kotak epal hijau ~ tadi aku jatuh tersungkur sebab terpijak lobang kat depan rumah. malu siot. da la orang tengah ramai masa tu. boleh pulak pakcik Lan jiran aku ni cakap aku tengah berangan masa jalan. wahai kaki janganlah bengkak ok ::

Friday, 16 December 2011

anakku babyku

bismillah..


tengok. kucing pong bahagia. anak kucing sayang kat mummy dia. teringin x nk macam ni?

for me. of course i really want it. boboi nak jadi seorang mummy.

semua orang mesti ada niat atau keinginan atau impian atau kemahuan atau dah menjadi seorang mummy and daddy. aku pong nak menjadi seorang mummy satu hari nanti. like mama, kak ngah dan kak long. rasa cam best je tengok mereka2 ini bahagia ada anak. cuma tengah tunggu my mr right masuk minang. hehe. 

now. di tengah hari jumaat ini, aku nak kongsi tips2 sebagai persediaan menjadi seorang mummy and daddy :


1) ketika hendak mentidurkan baby. 

letak baby dalam baby coat bukan bantai letak kat dalam laci.



2) ketika hendak bersenamkan baby.

itu adalah baby. bukan body builder nak tahap main gym.



3) ketika hendak mentest botol susu baby.

titiskan susu kat tangan je. bukan celup lidah dalam botol susu ye puan2 dan tuan2.



4) ketika hendak memperkenalkan baby kepada haiwan2 teladan.

ni lagi syok. kaedah terbaru meletakkan baby terus dalam akuarium untuk memperkenalkan baby kepada ikan2 di lautan. kalau nak kenal harimau nanti letak baby dalam kandang rimau.



5) ketika hendak membuat baby anda senyum.

dengan menarik mulut baby anda akan membuat beliau senyum selalu. hotak lu. 


6) ketika hendak membantu pertumbuhan gigi baby.

bagi barang2 mainan yang berasaskan getah. bukan bagi kasut getah. 


7) ketika bermain bersama baby.

haa.... ni sesuai untuk jejaka di luar sana. selalu nya daddy yang suka main acah2 ngan baby. tapi buat jejaka penggemar suka extreme, mereka boleh mencuba teknik melambung baby anda di langit nan biru.



8) ketika hendak mengangkat baby.

ini baby ye. bukan botol kicap yang boleh diangkat dengan pelbagai aksi. boleh cuba cari perbezaan antara botol kicap dan bayi anda. 



9) ketika hendak meletakkan baby.

ni lagi satu. kat kedai belambak jual baby coat. letak je baby dalam tu. tapi untuk yang jenis yang nak jimat kos boleh recycle guna kandang kucing jadi baby coat.


10) ketika hendak membersihkan hidung baby.

baby anda selsema? baby anda mempunyai banyak taik idong? boleh bersihkan dengan mentitiskan air ke dalam idung baby. ingin hasil yang memberangsangkan boleh juga guna jari korek semua taik2 idong baby. pe susah. perdana menteri pong korek idong ape.


11) ketika hendak memakaikan seat belt kat baby.

ketika menaiki kenderaan hendaklah memastikan keselamatan baby terlebih dahulu. kalau yang tua pong pakai seat belt, yang muda belia remaja baby ni pon mesti pakai. baby seat yang melambak jual kat kedai tu memang akan disediakan sekali seat belt. nak pencapaian yang maksimum, boleh la direct pakaikan seat belt kat baby.




ok. boleh vote dalam hati mana satu yang lagi comel. tapi bagi aku dua2 comelll bro!


                         





:: dari kotak epal hijau ~ malam tadi mimpi naik lif kat fakulti sorang2. tiba2 lif rosak. yang dasyat nye pintu lif tercabut dan lif tu terhempas jatuh. rasa ngeri pulak nak naik lif sorang2 lepas ni ::

Saturday, 10 December 2011

demam bersukan

alhamdulillah...
sakit tu adalah penghapus dosa2 kecil.
da lama tak demam seteruk ni.

demam panas. selsema tahap x boleh bernafas. sakit tekak. tekak bengkak. muntah tengah2 malam tengah siang pon boleh. sakit pinggang. tulang semua sakit. jalan slow. badan x boleh nak tegak. kepala da rase macam kena gelek steamroller. malam2 meracau ntah ape2.




itu semua kesakitan yang aku alami 2 hari ni. sorang2 beb. macam nak nangis. tapi memang dah nangis pon. masa call my mom and dad :

beta : mama.....boboi demam.....
bonda : laa....anak mama demam pulak....
ayahanda : mesti kena hujan balik kelas kan? kan?
beta : haah....boboi x bawak payung..
bonda : da pergi kelinik?
beta : tak mau..kelinik tutup. cuti peristiwa..
ayahanda : ade je alasan.. padahal takut sangat kat ubat tu. macam la suruh telan batu.
beta : haah. memang ubat tu batu pong. 
bonda : ok. cepat sembuh ye boboi..
ayahanda : ayah nantuk la. nite boboi.
beta : ok. nite.

huargghhhh!!! sebenarnye saje nak manja2 kucing. hehe. adoii..

hari ni ada sukol (sukan antara kolej ). 



aku yang demam kedebek ni dengan yakin dan gagahnye pergi terhinjut2 ke padang. acara frisbee. 
i got a call :

adik : boboi! weyh ko larat kan? ko kena jugak turun main.
beta : ha??
adik : kat sini da haru biru. ko kena datang selamatkan team kita. belasah la. kitorang cover ko.
beta : ok..bagi aku 10 minit.


main la dengan semput2 x boleh bernafas. hidung sumbat nye pasal ngan segala mek nenek hingus. semalam aku da cari ganti untuk semua acara yang aku da submit. tapi at last haru biru pasal orang lain. xpela. beliau tidak sengaja. macam hape dah tadi aku main. stamina aku pong macam cipan tadi. tapi alhamdulillah.... kami dapat johan. medal emas beb. hehe. baik teros demam aku. tapi untuk futsal kami x dapat pergi semi. kalah masa dalam group. x pe.sebab budak2 team futsal ni main besttt sangat! good job guys!






kesimpulan kat sini, kalau demam xpayah la nak makan ubat yang macam smarties tu. pergi je bersukan. confirm baik terus. kasi keluar peluh tu.

tetiba lak aku teringat zaman sekolah dulu. rindu nye masa game2 macam ni. rindu sangat kat team memanah aku yang x berapa nak terer ni ha. meh sini aku tunjuk sikit gambar masa kami dapat pergi kebangsaan kat pokok sena, kedah. 





sebelah kanan sekali yang pakai baju oren tu arwah sir wan zul. baru meninggal lebih kurang bulan 5 lepas. al-fatihah.

ni je koleksi gambar2 masa kat sekolah dulu yang sempat aku rembat. sebenarnya banyak lagi. tapi aku ni la yang bangang sangat x pergi copy kat adli saidi. sekarang da lost contact. so gambar2 pon lost in track la. serius rindu kat mereka2 ni. xpela. semua dah ada haluan sendiri. 

ok. habis. sekarang jam 10.56 pm. penat tapi xboleh nak lelap. tadi lepas solat aku muntah lagi. hari ni je dah 3 kali muntah. habis rugi waffle ngan teh o limau ais aku bedal tadi. ni perut tengah bergelocak minta dikeluarkan isinya. namun hampa. tiada apa yang mampu dimuntahkan lagi.




:: dari kotak epal hijau ~ wat malu betol la tadi ngan ustaz fadzly. boleh lak aku pergi sebut sekuat2 alam 'pertandingan akhlak remaja' masa baca memo kat bawah kolej. pale hotak lu. tu forum akhlak remaja la ngeng. moral = overconfidence tu confidence minus over ::

Thursday, 1 December 2011

..27 years old person..

pertama kali aku tengok dia muncul, ayat pertama yang keluar : 'wow!!' mase tu aku cerita awan dania. meh sini aku bagi sket biodata beliau.

nama : nushrul alif bin othman
tarikh lahir : 16 september 1984
tempat lahir : sabah
status : bujang

ni la orang nye.. tadaaa!!


his commercial name nazim othman. he can speaks malay and english. boleh berlakon, mengacara dan menjadi seorang host. pernah menjadi seorang steward. lagi nk taw ape...aku selalu follow dia kt sini nazimothman.blogspot.com

umur sekarang 27. sama ngn my brother. 

5 sebab aku sukaaa sangat kt nazim ni : 

1) lakonan dia sangat best. aku suka watak antagonis yang dia bawak masa dalam cerita asmara.
2) dia sangat2 la humble. 
3) ada senyuman yang sangat charming. hihihi..
4) his style!
5) lastly.sebab dia nazim othman.=)


ok. lagi aku nk tunjuk gambar2 beliau.















antara drama2 lakonan nazim othman :

awan dania
asmara
ponti anak remaja
trilogi cinta
begitukah cinta
surat cinta
sapu tangan merah
klon teja
melawan kasih
milik siapakah hati ini
papa bergaya
kalau tidak kerana puan
fantasi cinta teruna
cahaya Lailatulqadar





Tuesday, 29 November 2011

usaha tangga kejayaan

ada 3 perkara yang aku nak buat sampai dapat :

1) bawak mama ayah pergi Mekah yang kali ni ditanggung sepenuhnya pakai duit aku sendiri
2) grab my master
3) kahwin sebelum umur 25


errr...sebenarnya yang no 3 tu aku x berapa pasti boleh capai ke tak. sebab sampai sekarang aku x de calon. sekarang aku 20. tinggal 5 tahun lagi. tolak habis diploma tinggal 5 bulan lagi. tolak lagi degree 3 tahun. errr..macam  x sempat je... tapi xpe. yang penting doa jangan tinggal. 

 tapi yang no 1 dan 2 tu aku memang dah lama buat preparation. inshaallah habis diploma ni of course aku akan kerja and buat kerja sambilan lagi. sebab bak kata Ustaz Kazim : ' orang muda ni tahap tenaga die berada di tahap paling maksimum'. bukan ustaz je Rasulullah kita pon selalu ingatkan sahabat2 baginda tentang benda ni. so, inshaallah...dengan azam dan semangat yang cekal aku boleh buat!!yeahhh!!

hmm. ade lagi. selain boleh menjawab kertas2 soalan sewaktu di universiti, aku nak jugak boleh memasak dan menjahit. 2 benda ni je aku x berapa nak boleh buat sampai sekarang. kalau setakat nak suruh aku berkebun ngan kemas rumah tu aku memang da terer. hehe. so, aku da survey tempat2 kat area rumah aku nk join kursus2 ni la. aku jumpa satu kat sri iskandar yang agak menarik. boleh tahan jugak la.. tapi sekarang ni aku kena pindah so kena cari tempat lain. xpe. usaha tangga kejayaan.



haiwan feveret aku.


  
:: dari kotak epal hijau ~ kepada incik, terima kasih sebab kau selalu ada masa aku perlukan kau. sorriiii sangat sebab mungkir janji lagi pasal our trip tu. nt aku tgk brochure trip lain. ok beb ::