Tuesday, 29 November 2011

usaha tangga kejayaan

ada 3 perkara yang aku nak buat sampai dapat :

1) bawak mama ayah pergi Mekah yang kali ni ditanggung sepenuhnya pakai duit aku sendiri
2) grab my master
3) kahwin sebelum umur 25


errr...sebenarnya yang no 3 tu aku x berapa pasti boleh capai ke tak. sebab sampai sekarang aku x de calon. sekarang aku 20. tinggal 5 tahun lagi. tolak habis diploma tinggal 5 bulan lagi. tolak lagi degree 3 tahun. errr..macam  x sempat je... tapi xpe. yang penting doa jangan tinggal. 

 tapi yang no 1 dan 2 tu aku memang dah lama buat preparation. inshaallah habis diploma ni of course aku akan kerja and buat kerja sambilan lagi. sebab bak kata Ustaz Kazim : ' orang muda ni tahap tenaga die berada di tahap paling maksimum'. bukan ustaz je Rasulullah kita pon selalu ingatkan sahabat2 baginda tentang benda ni. so, inshaallah...dengan azam dan semangat yang cekal aku boleh buat!!yeahhh!!

hmm. ade lagi. selain boleh menjawab kertas2 soalan sewaktu di universiti, aku nak jugak boleh memasak dan menjahit. 2 benda ni je aku x berapa nak boleh buat sampai sekarang. kalau setakat nak suruh aku berkebun ngan kemas rumah tu aku memang da terer. hehe. so, aku da survey tempat2 kat area rumah aku nk join kursus2 ni la. aku jumpa satu kat sri iskandar yang agak menarik. boleh tahan jugak la.. tapi sekarang ni aku kena pindah so kena cari tempat lain. xpe. usaha tangga kejayaan.



haiwan feveret aku.


  
:: dari kotak epal hijau ~ kepada incik, terima kasih sebab kau selalu ada masa aku perlukan kau. sorriiii sangat sebab mungkir janji lagi pasal our trip tu. nt aku tgk brochure trip lain. ok beb ::

Monday, 28 November 2011

..finally..

bismillah..
final semestar. alhamdulillah... inshaallah aku akan lakukan yang lebih baik sem ni. sebenarnye mase cuti ari tu, banyak benda yang aku pikir. da macam pemikir masalah negara plak. tapi betol la... kali ni aku nekad nak tinggalkan semua benda yang aku sayang. yang da sebati dalam hidup aku ni. mungkin jugak faktor apa yang jadi kat aku mase Jenggoko Tahunan (bukan nama sebenar). ikutkan hati mase tu jugak aku pulas2 mulut budak2 ni. tp kalau aku balas macam tu jugak makne nye taraf aku sama je dengan dorg. ok enough. 

sempena tahun baru ni Allah kuatkan lagi hati aku nak laksanakan misi aku ni.

1. deactived dari Kadet Askar Hutan (bukan nama sebenar)
2. tinggalkan tabiat beli novel tiap bulan. membazir gile..
3. deactived dari menjadi Pengawas Murid (bukan nama sebenar) tiap2 kali intake baru
4. lepaskan semua jawatan atau niat nak memegang jawatan atau xde niat langsung nak berjawatan
5. lastly, of course untuk menjadi insan yang lebih baik. anak yang lebih taat kepada ibu bapa. pelajar yang dapat membalas jasa guru2 aku. walaupun aku taw xkan terbalas jasa mereka. kawan yang boleh berbakti kepada kawan2 aku. dan insan yang mampu berbakti kepada masyarakat.

fuhh..banyak ni. tapi xe. bukanlah drastik perubahan ni. perlahan lahan. sebenarnya bukan aku x sayang nak tinggalkan semua benda ni. rasa sakit tu ada sebab dah sebati dalam darah daging aku ni. tapi aku berpegang dengan prinsip ni ' tak semestinya benda yang kita suka tu baik untuk kita dan tak semestinya benda yang kita tak suka tu tak baik untuk kita '. tapi satu yang aku pasti. aku akan rasa rinduuuuuu sangat kat mereka2 ni. inshaallah di permudahkan segala urusan.

i'm ok.



::dari kotak epal hijau ~ family aku kne pindah sebab my mom got promoted. ok. new area. new environment. new friends. ok la tu ::

Sunday, 27 November 2011

muharram 1433

alhamdulillah....
sempena awal muharram ni tercapai jugak hasrat nk kembali berblog. bunyi da macam goblok je. rase gigil pon ade nk start balik ni. ade pengalaman ngeri masa dolu2 berblog. ok cukup. malas nak bebel.

baik lah. ayoh!!
aummm!!!
::dari kotak epal hijau ~ aku xnak orang gile tu stalker aku dah.aku dah maafkan kau.so blah dari hidup aku ::