Thursday, 17 May 2012

great minds think alike

bismillah

sekadar nak berkongsi rasa dan pengalaman bersama teman2. lepas subuh tadi niat nak mengemas rak buku yang telah dilanda tornado. tiba2 ternampak buku ni dekat celah komik2 swasta novel2 ntah ape2. baru teringat. ' yang ni rasanye tak pernah baca lagi kan??? ' 

hmm.
hlovate.
contengan jalanan.

baru habis baca side I-Fend. side II-K2 baru sampai bab 8. sungguh akan membuatkan anda berfikir sejenak. on what reason we're here. on the earth. sebab apa kita dicipta. adakah kesempurnaan hidup kita ni bila kita berjaya mendapat segulung ijazah? atau mendapat kerja highty mighty tinggi gilerrr gajinya yang diimpikan oleh semua orang? atau berkahwin? atau semua keinginan dunia like iPad-iPhone-galaxy tab-nicon dlsr dengan bermacam jenis lens mcm acuan kuih bahulu-ferrari-murano-bmw? is that your completeness of life?

kita yang boleh jawab sendiri. kita sendiri yang tentukan. bukan nak tunjuk pandai. bukan nak tunjuk 'sayalah ustazah sejati '. bukan. sekadar ingin berkongsi rasa dan ilmu.

memang rasa sentap sanubari jiwa dan raga jugak la lepas baca. contoh paling mudah. soalan skematik letronik : adakah anda bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada anda seperti pancaindera yang sempurna, akal yang cerdas serta kesihatan yang sempurna? jawapan ikut piawai ISO yang akan diberi : of course we do.. alhamdulillah kerana dikurniakan nikmat yang tak terkira ini...

kita cuma akan bersyukur jika nikmat itu tiada lagi pada kita. serious. ini realiti. reason : lumrah manusia. sentiasa lupa dan alpa. sebab itu kita kena sentiasa mengingati Allah. pegang  tali Allah betul2. jangan lepaskan lagi. insyaallah..

nak pinjam ayat keramat hlovate :
the man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th hour.

kata Fend : hajat tak sampai.
kata Chad ( cousin Fend ) : tak sempat nak berubah bertaubat, ajal dah menjemput.
kata aku : thank you Allah. You guided me to open-read this book. You guided me through you, Hlovate.
kata anda : ???

please think. great minds think alike my friends. mana taw boleh berkongsi dengan orang yang rapat sekeliling kita. senang je nak buat pahala ni.




dalam fasa change for good. harapnya imma on the 7th or 8th or 9th or 10th hour. grateful is everything. moga Allah memperluaskan dan melapangkan urusan aku. and for you too my friends.



:: dari kotak epal hijau ~ again. the man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th hour. please think ::