Wednesday, 27 June 2012

me amor

bismillah..

bila masuk syaaban ni teringat kat makhluk2 ni.. rindu woo... aku rasa kalau tak de dorang ni mau aku macam sawan kat pilah tu. 



ramadhan tahun ni puasa tanpa makhluk2 ni. tapi ramadhan kali ni puasa full special edition dengan family. sejak menjadi penduduk tetap asrama dari umoq 13 tahun sampai la ni rasanye tak pernah lagi puasa penuh dekat rumah. 

lepas ni tak tahu rezeki dapat dekat mana. kepada coe tikah kurak, aku rindu korang. aku sayang korang.
tak lupa mimi aku.


:: dari kotak epal hijau ~ aku dah kemaruk dengar lagu anuar zain yang baru2 belaka. aku pon rasa nak muntah da ni ::

Tuesday, 26 June 2012

babai mimi

assalamualaikum...

korang..... mimi aku dah tak de. dia dah mati semalam.... aku sedih ni woi. patut la aku tengok dia semacam je 2 minggu lepas. termenung.. tak nak makan.. aku hulur satu bekas makanan depan hidung dia boleh buat dekk je. pelik la. sebab sebelum ni bukan main gelojoh lagi kalau time aku nak bagi makan. ni asyik bertenggek je dekat kayu dalam akuarium tu. 

minggu lepas masa aku balik rumah kg gajah dia macam nak bagitau aku something. yelahh... dia kan kura2 aku ni manusia normal. kalau tibe2 dia cakap ' boboi.. mimi sakit..' mau aku pecahkan akuarium tu tang tu jugak. bhahahaha. sepanjang aku kat sana aku asyik dok depan akuarium je. dok tenung si mimi yang dok bertenggek atas kayu. ni. yang momo masih aktif berenang ke hulu ke hilir. sampai mama aku cakap   ' boboi. tido je dalam akuarium tu terus. muat lagi.. tepi kayu tu.' hehe.

aku usap kepala dia weyh... korang jangan tak caye.. selalu mimi ni pantang orang nak pegang. aku baru setapak nk dekat akuarium dia dah cabut menyorok. sebagai tuan yang penuh dengan sifat2 kewanitaan yang tinggi, aku usap kepala dia pelan2 sambil baca selawat syifa'. mata dia terpejam je masa aku pegang kepala dia. aku dah nak angkut je pegi veterinar yang sekangkang siamang je dari rumah aku tu tapi weekend mana bukak. sempat pesan dekat kekanda along bawak mimi pegi kelinik veterinar. nanti jangan lupa mintak resit. boleh claim kat aku. hahaha. 

tapi Allah lagi sayangkan mimi... along dah tanam belakang rumah. aku suruh tanam betol2 belakang bilik aku sebelah pokok cabai. nanti raya boleh melawat.

dear mimi..
walaupun aku baru bela ko 2 bulan, tapi aku sayang kat ko ngn momo. aku tau tuan ko ni muka penuh keganasan macam askar nak pegi rempuh komunis. aku tak marah la ko pegi makan dengan gelojoh semua ikan dalam akuarium tu.. aku tak marah ko tak layan aku masa mula2 kita kenal dulu... aku tak marah ko pelahap makan banyak2... aku tak marah ko asyik menyorok je bila aku tersengih macam budak sawan depan akuarium tu... aku tak marah ko sakit tak bagitau aku... aku tak marah... jangan risau. aku tak pasang niat lagi nak carik pengganti ko. u are my only mimi. tenang ye dekat sana. ada rezeki kita jumpa lagi dekat sana ya. 





woi. aku sedih ni. aku nangis kang.. buruk tau tak..




:: dari kotak epal hijau ~ sorang lagi kawan aku selamat dinikahkan. alhamdulillah... kawen jugak dengan chenta sejati dia. asyik dapat kad kahwen orang je.. aku punya bila pulak?? bhahahaha!! tunggu la mana2 putera tenuk pinang ko. tak kan lari gunung dikejar boboi. paling2 tak pon runtuh je ::

Monday, 25 June 2012

anak pakcik othman






























nazim othman.
macam biasa. dicilok khas dari twitter beliau. cair tak? cair tak? hehehe.



:: dari kotak epal hijau ~ ear canal aku kena infect bacteria. bengkak sehingga menyebabkan aku pekak sebelah. ingatkan yang keluar meleleh tu taik telinga. rupanya2 fungus. maka dengan telinga yang pekak sebelah aku berjalan pon tak berapa nak betol. imbalance la katakan... semoga boboi cepat sembuh ::


Monday, 18 June 2012

ordinary

In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful

anda berada pada options yang mana apabila memandang belog saya ini. sekali pandang macam, woooww! hebat nyerrrr!! anak siapa la ni?!! dua kali pandang macam, ekelehhhh.. biasa je... rasa budak ni cilok kat tadika mana2 ntah nye... tiga kali pandang macam, uwekkkk!!! aku buat lagi cantekk laa woii!!! oleh itu, pandang lah sekali aje. tak pon jangan pandang teros. 

sebenarnya, gambar asal header ni tak la seteruk macam sekarang. aku punya la gigih sampai keluar peluh2 jantan mengedit gamba ni sebab aku dah tersilap snap gambar. gambar asal aku buat simbol 'peace'. menurut    gosip yang aku terima, 'peace' tu adalah lambang yahudi. jadi boleh start guna imaginasi anda sekarang macam mana gambar asal tersebut. 

oleh yang demikian kawan2, janganlah ulangi kesilapan yang saya tak sengaja buat ini.

ok yang ini aku dah tapis. tak ada unsur2 yang bakal memesongkan akidah.



dicilok khas dari twitter beliau.
hehe

dah macam gaya nak tebas rumput je nengok. urat tu dah macam nak tersembul keluar. photoshop terlebih. ni la jadinya. macam orang lepas gergaji balak je. tapi..... beliau tetap di hatiku. chewahh!! dah macam ayat karangan spm.



:: dari kotak epal hijau ~ semalam 27 Rejab = Israk Mikraj. walaupun cuaca agak panas tapi tidak perit menghangatkan. berangin je.. SubhanaAllah. kuasa dan nikmat Allah. cuma kita yang sedar ataupun buat2 tak sedar ::

Friday, 15 June 2012

momo mimi

bismillah..

yeahhhh!!! semenjak berhenti kerja ni aku telah menjadi seorang penternak lemak yang berjaya!!! yeaaahhh!!! 

hniffff... apa nak jadi. nak keje mak tak bagi. 'dok rumah. do the house chores.' memang buat pong. tapi lepas tu aku buat taik mata sambil ternak lemak2. untuk pengetahuan kalian, beta ada menternak kura2 selain lemak kat badan ni. tapi tinggal kat rumah lagi satu. sini mana aku nak cekau akuarium. 

tuan2 dan puan2!!! mempersembahkan...!!!!!
momo dan mimi!!!!!


cuba cari perbezaan 2 ekor makhluk ni. sebenarnye.. aku pon xtaw nak bezakan mana satu jantan betina. tapi ni gambar masa dorg tengah kurus. semenjak aku berazam menjadikan badan dorang macam aku, lalu aku sogok kekanda ku along untuk bagi makhluk ni makanan dengan melimpah ruah hari2. lalu momo telah menggemok dengan dahsyatnye. mimi ada la sikit. 

conclusion : aku rasa momo adalah wanita dan mimi adalah jejaka. sebab yang pertama, asal makan je mesti mimi bagi momo makan dulu. tu kan gentleman namanye. hehehe. yang kedua, momo ni semua jenis makanan dia sebat. lagi2 aku bagi roti. tapi mimi ni memilih! nak yang mahal je! tu kan perangai jantan. yang ketiga, dulu akuarium ni penuh dengan ikan berwarna warni. semenjak datangnye 2 ekor ni, habis si mimi ni ngap ikan2 ni depan mata aku dengan rakusnye. hanya si bandaraya yang gagah tu bertahan.







si mangsa masa ni tengah tercungap2. aku sempat ajarkan dia mengucap. ni betol... binatang pon makhluk Allah. si penjenayah teros lari apabila aku datang menyergah. so kawan2. kalau ada niat nak menternak kura2, jangan la letak haiwan2 karnivor ni dengan ikan2 anda. pasti akan menjadi lauk sarapan, tengahari dan juga malam.





:: dari kotak epal hijau ~ selain menternak lemak, saya juga menyediakan pakej mendownlud movie atau cerekarama yang terbaru setiap hari. seperti contoh, bila joyah masuk tv. sekian ::