Tuesday, 26 June 2012

babai mimi

assalamualaikum...

korang..... mimi aku dah tak de. dia dah mati semalam.... aku sedih ni woi. patut la aku tengok dia semacam je 2 minggu lepas. termenung.. tak nak makan.. aku hulur satu bekas makanan depan hidung dia boleh buat dekk je. pelik la. sebab sebelum ni bukan main gelojoh lagi kalau time aku nak bagi makan. ni asyik bertenggek je dekat kayu dalam akuarium tu. 

minggu lepas masa aku balik rumah kg gajah dia macam nak bagitau aku something. yelahh... dia kan kura2 aku ni manusia normal. kalau tibe2 dia cakap ' boboi.. mimi sakit..' mau aku pecahkan akuarium tu tang tu jugak. bhahahaha. sepanjang aku kat sana aku asyik dok depan akuarium je. dok tenung si mimi yang dok bertenggek atas kayu. ni. yang momo masih aktif berenang ke hulu ke hilir. sampai mama aku cakap   ' boboi. tido je dalam akuarium tu terus. muat lagi.. tepi kayu tu.' hehe.

aku usap kepala dia weyh... korang jangan tak caye.. selalu mimi ni pantang orang nak pegang. aku baru setapak nk dekat akuarium dia dah cabut menyorok. sebagai tuan yang penuh dengan sifat2 kewanitaan yang tinggi, aku usap kepala dia pelan2 sambil baca selawat syifa'. mata dia terpejam je masa aku pegang kepala dia. aku dah nak angkut je pegi veterinar yang sekangkang siamang je dari rumah aku tu tapi weekend mana bukak. sempat pesan dekat kekanda along bawak mimi pegi kelinik veterinar. nanti jangan lupa mintak resit. boleh claim kat aku. hahaha. 

tapi Allah lagi sayangkan mimi... along dah tanam belakang rumah. aku suruh tanam betol2 belakang bilik aku sebelah pokok cabai. nanti raya boleh melawat.

dear mimi..
walaupun aku baru bela ko 2 bulan, tapi aku sayang kat ko ngn momo. aku tau tuan ko ni muka penuh keganasan macam askar nak pegi rempuh komunis. aku tak marah la ko pegi makan dengan gelojoh semua ikan dalam akuarium tu.. aku tak marah ko tak layan aku masa mula2 kita kenal dulu... aku tak marah ko pelahap makan banyak2... aku tak marah ko asyik menyorok je bila aku tersengih macam budak sawan depan akuarium tu... aku tak marah ko sakit tak bagitau aku... aku tak marah... jangan risau. aku tak pasang niat lagi nak carik pengganti ko. u are my only mimi. tenang ye dekat sana. ada rezeki kita jumpa lagi dekat sana ya. 





woi. aku sedih ni. aku nangis kang.. buruk tau tak..




:: dari kotak epal hijau ~ sorang lagi kawan aku selamat dinikahkan. alhamdulillah... kawen jugak dengan chenta sejati dia. asyik dapat kad kahwen orang je.. aku punya bila pulak?? bhahahaha!! tunggu la mana2 putera tenuk pinang ko. tak kan lari gunung dikejar boboi. paling2 tak pon runtuh je ::

No comments:

Post a Comment