Thursday, 5 July 2012

bila kaki jejak tanah pilah balik

bismillah.
in the name of Allah the most gracious and the most merciful.

alhamdulillah.. tak sangka pilihan aku nak jejak tanah pilah tepat kali ni. tak de niat pon nak singgah stesen ktm beli tiket bagai. dan tak sangka aku dilayan dengan sangat baik2 oleh adik2 yang pernah sekapal dengan aku dulu walaupun aku tak mintak langsung dilayan dengan sebegitu rupa. ayat novel siot.. hahaha. yelah datang sorang2. dah rasa macam berok albino je jalan sorang2 dekat sana. tapi sehebat mana rancangan manusia, hebat lagi caturan yang Allah tetapkan. Alhamdulillah aku tak pernah bersorang2 dekat sana. ada je peneman yang datang. terima kasih Allah.

niat nak ambik transkrip and ada la nak kena settle kan 2 3 perkara. walau serumit mana perkara tu mesti ada penyelesaian. dah selesai pon perkara tu. berusaha and lend your shoulder to your Rabb. InsyaAllah dipermudahkan.

ok. ayoh!

malam baru jejak tanah pilah. bukan main hepi orang tua ni. 

terserlah kegelapan aku.

 sawan.

tauke gosip yang berjaya. selalu ditangkap apabila tengah menyebarkan gosip hangat.

muka gembira apabila berjaya pau duit aku.

antara calon menantu pilihan makcik2 di luar sana. phuii!

tauke gosip lagi. muka terpaksa diblurkan demi menjaga tatasusila sebagai seorang suri rumah.

tanah jajahan pilah kesayangan.

tempat bermain lagi dikenang. ini kan pula tempat jatuh tergolek berguling2 rabak lutut siku aku bagai.

adik kesayangan. solahuddaim. bukan baim wong ye rakan2 muslimahku.




jutaan terima kasih diucapkan kepada tengkorak especially. aku tak kisah tido atas lantai kat bilik ko tu. kepada ismail anak pakcik ramli yang sanggup teman dan bawak aku ke hulu hilir. kakak kesayangan, kak jiji. you are the best. kak ana, terima kasih sebab bagi budak ni tumpang golek2 atas katil. adik kesayangan, solahuddaim. terima kasih sebab banyak sudi layan kakak ko yang kejam tak ingat dulu ni. hahaha. for the rest, iskandar thani, iskandar awal, syakir, syafiq nordin, men, farid ropaie, along, imran, ielias, azhar (budak ni malu gile nak pandang muka aku. hahaha), rsm (yang ni aku betol2 lupa nama budak ni), rais (bukan jais ye.), jass, paan, hakimi, ana, zarifah, aamirah, rifaie, zulfikar, adha, ain (terima kasih sebab bagi pinjam kasut sukan. dia bagi yang mahal kat aku siot), elfira, izni, john, fathiyah dan aisyah (aku rembat budak2 ni tepi jalan pagi2 buta nak buat teman makan roti canai abang kassim depan kampus nun), humaira, huda (roomate kurak), ucop, dan tauke tempat kurak kerja (tq bos sebab bagi tumpang duduk temankan minah ni kerja)

 terima kasih sebab lepak2 dengan akak dekat anjung tu ha. siap pergi pasar malam kat melang tu bawak solah, imran, syakir, ielias, rsm. aku sorang je wanita muslimah. dah macam bawak anak2 ikan tau tak. tapi diorang ni protect aku gile2. terharu la siot. sebagai habuan, belanja budak2 ni sikit. ada rezeki lebih. hahaha. 
btw, terima kasih sekali lagi sebab sudi layan akak korang yang kejam ni.

aku rindu korang. aku sayang korang. ada rezeki panjang umur kita jumpa lagi. insyaAllah aku jejak tanah pilah tu lagi.

khamis 28 Jun 2012 - ahad 1 Julai 2012. 



:: dari kotak epal hijau ~ sesungguhnya aku ni memang penyabo orangnye. diam tu lagi baik. lantak la ko nak cincang lumat aku. cuma jangan usik mama ayah aku. aku sanggup mati sebab dorang. jantan2 aku pon Allah tetap bagi aku hati dan perasaan jugak der.. Allahurabbi.. sakit.. tak pe. tak pe. aku ada Allah lagi. Dia tak pernah tinggalkan aku sorang2. aku je kadang2 lupa dekat Dia. ok habis. sebelum hujan petir guruh ribut taufan elnino melanda. bukan boleh caye aku ni. tau2 je dah meleleh ::

No comments:

Post a Comment