Thursday, 30 August 2012

me equine




aku tengah tak de kerja. lalu habis album2 kenangan lampau aku korek2. nah korang tengok la. 

- cakap je lah ko rindu dekat mereka2 yang pernah sekapal setongkang dengan ko ni dulu .... muka dah sedih macam malaysia ni kena langgar todak je.. hahaha -

























































we are equine. we were equine. we will always equine.
sekarang alumni tak pon sang otai2 tua equine. 
rindu.
tak pe. tak pe. nanti korang ada event kat perlis akak kesayangan korang ni datang jadi pasukan sorak ye.. go equine go!!! hahahaha!



:: dari kotak epal hijau ~ nanti next entry aku cite pasal sorang budak ni memang konpem kahwen tahun depan. jeng jeng jeng!!!! teka la korang sampai raya haji tahun depan. hehehe ::

Monday, 27 August 2012

pre grad dinner memoir








kenangan ini merobek robek menggilis gilis hatiku yang dah macam tisu 20 sen nih.
cuba test masukkan tisu 20 sen dalam mesin basuh. pasang air, pusing2 sket pastu spin. haa! macam tu lah!
jangan guna tisu mahal macam scott tu. tu tisu kental.



:: dari kotak epal hijau ~ agak2 kalau 2 tahun aku kayuh basikal ulang alik dari rumah sewa ke kampus dekat arau tu boleh kurus macam model tak??? hahahaha!! ::







Tuesday, 14 August 2012

bernas 2012

bismillah..

korang mesti dah tengok iklan raya bernas ni kan.







perghh. keluar air mata jantan aku. 
part yang paling tak tahan masa dorang pelok uncle lori tu dengan dekat masjid. ya Allah... aku rasa iklan macam ni lebih tembus tertikam menusuk kalbu dari filem 2 3 jam yang macam contoh hantu dalam tin laici atau kambing2 ku gangster. 


to fizi and ahmad atau mungkin yang ada senasib dengan mereka di luar sana :
sesungguhnya bersabarlah kalian atas apa jua dugaan yang menimpa kalian. kerana sabar itu balasannya syurga. dugaan cabaran dan nikmat Allah tu datang dalam pelbagai bentuk dan cara. antara kita sedar atau tidak. antara kita besyukur atau masih ingkar dengan nikmatNya.



:: dari kotak epal hijau ~ apa perasaan korang bila tengah puasa ni tercirit sampai dekat 20 kali? baru nak rukuk solat dah termuntah? ya! aku adalah orangnya. sabtu lepas. sampai tinggal rangka je. habis nampak segala tulang rusuk aku. sehari suntuk aku tercirit macam gajah terover makan belacan. tapi puasa tetap puasa. nasihat daripada aku, kalau nak makan bukak puasa tu pandang kiri kanan dulu. jangan main telan je. kang jadi macam aku. spesis anaroksia bulimia korang kang ::

Thursday, 2 August 2012

marhaban ya ramdahan

bismillah

akhirnya... kelembapan berokband cap celcom aku telah membuat aku tidak membelog untuk sekian agak lama.

di bulan2 puasa ni bawak2 banyak bersabar. baca Quran banyak2. aku ingat pesan arwah atuk masa kecik2 dulu. 

boboi si hingusan : atuk atuk.. kenapa atuk rajin baca Quran? mama dengan ayah pon baca Quran hari2.

atuk    : boboiboi. nak tau tak. dalam kubur nanti gelap sangattt. mana ada kawan nak teman kita. kucing boboiboi si tompok tu pon tak nak teman. tapi... Quran yang kita baca hari2 kat dunia ni akan datang teman kita dengan menyerupai seorang pemuda yang sangat hensem dengan cahaya yang terang benderang. kalau nak lagi terang kena la banyak baca Quran hari2. 

boboi si hingusan : (mulut ternganga sambil lap hingus)

makin besar si boboiboi ni dia makin lupa pesanan atuk. biasak bro.. budak nak dewasa konon2. tapi sekarang dia dah change for good. alhamdulillah.. bulan lepas mak ada beli majalah al-ustaz edisi 4. sangat bagussss la majalah ni. penulis2 terdiri daripada ustaz2 dan cara penulisan adalah berdasarkan soal jawab. ada yang menarik. setiap keluaran akan ada poster artis kpop. hahaha! hotak hang. ada poster mengikut tajuk. contoh: yang aku beli ni tajuk puasa. so poster dia tentang skim baca Quran. aku pon tak reti nak tulis lebih2. nak tau marilah beli. 


untuk mereka yang ingin join aku insan yang lemah berubah ke jalan yang diredhai. hidup di atas dunia ini hanya sementara. bila dah berada di alam sana kita dah tak boleh nak patah balik kat dunia ni. balance la secara baik kehidupan dunia dan akhirat. 

baik beli majalah macam gini daripada mengadap mangga la betik la cempedak la. yang dalam majalah tu pon dosa tayang nangka dorang. yang menengok pon dapat saham dosa sama.

ada lagi satu majalah bulan lepas yang agak menarik tajuknya. 


untuk remaja masa kini. aku dah baca isu ni memang best. nanti kalau korang jumpa jual tepi jalan boleh la beli.

aku dah macam pengulas majalah bulanan. 



:: dari kotak epal hijau ~ aku tengah kemaruk dengan band innuendo. ingat tak? alaa.. yang nyanyi lagu belaian jiwa. bukan belalai jiwa. mmg old school ::