Wednesday, 24 April 2013

1 + 1 = gwiyomi




melepaskan engko pergi ibarat meleraikan tulang belulang aku

natijahnya aku tinggal debu

pehh.






mungkin ni sebab aku.





:: dari kotak epal hijau ~ 1+1 = gwiyomi opah hang ::

Saturday, 9 March 2013

vengong



korang mesti pernah ada crush kan?? tipu la tak de.. korang asal keturunan sulu ke hape ke mesti ada pernah ada crush kan... kan? kan? kan??

ape rasa bila nengok crush korang kawen / kekasih orang ???

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

perghhhhh... aku rasa macam.... gelas goblet tu jatoh dari tingkat 40 hotel lim goh tong kat genting tu pastu kene pijak dengan gajah pastu kene lenyek dengan lori simen. lebih kurang macam tu la dia punya frust.
ni yang buat aku temenung ngadap tingkap sambil dengar lagu angin syurga nih. 


tapi kan.
aku dok frust2 kat sini, kita punya tentera2 polis2 komando2 tengah bermati2 dekat Lahad Datu nun. ape la sangat frust nengok crush kawen / kekasih orang kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan diorang. aku sendiri ngaku tak berani nak pegi pegang senapang sergah mangkok2 sulu tu pastu tembak diorang. 

yang aku rasa macam bagi fucuk u tu, aku ade perasan la kita yang dekat semenanjung ni boleh pulak buat konsert la tergelek2 sana sani la ape la. yelahhh... bukan adik beradik sedara mara mak ayah korang kan yang dekat sana.

macam mana la perasaan mama masa ayah dalam hutan dulu misi mencari sisa2 komunis.

 iye.. ayah gua bekas polis hutan. 
bapak gua sharp shooter masa zaman tu. beliau yang ajar gua cara2 menembak melastik cicak2 tiap malam jumaat, kucing2 yang berak kencing merata dekat kereta2 motor2 rumah gua, monyet2 yang curik telor ayam nenek gua. sarjan nasir (kawan baik bapak gua) pulak ajar gua cara2 nak tiup wisel sampai nak tetelan semua gigi gua nih. beliau bahagian trafik.





arghhhhh!! aku rasa macam dah kena skizofrenia je.





:: dari kotak epal hijau ~ baik aku kejar degree yang tak habis2 nih n master (insyaallah.....). sekurang kurang nye ilmu ni tak lari cuma kita yang kena lari laju2 nak dapatkan. tak macam laki asyik lari je. aku tak kejar pon diorang lari. wadepak tol. ::

Saturday, 2 March 2013

adios

Bismillah and Assalamualaikum.



cuti sem masa besenang lenang bergumbira di rumah hampir dah nak sampai garisan penamat.
 ya.. ya.. ya... tiket pukul 12 malam nih... 


esok pagi celik je mata dah tak payah nak mandikan 2 orang budak yang selalu mandikan aku sekali, dah tak payah pakaikan baju seluar bedak tenuk tapir kat dorang, dah tak payah nak suap sumbat paksa diorang makan, dah tak payah hantar ambik dirong dekat tadika, dah tak payah nak tekeluar anak tekak membebel bila mainan dorang besepah satu rumah terutama taman permainan dorang - bilik aku- , dah tak payah nak main basikal la bola la ape la petang2, dah tak payah nak hambat dorang masuk tido malam2, dah tak payah nak selimutkan dorang malam2 n dah tak ade orang nak pelok aku pagi2 petang2 malam2 subuh2 senja2 rembang...





omaigod... aku boleh sawan kuda macam nih....









:: dari kotak epal hijau ~ kalau dulu aku benci gile nak jumpe dentist. tapi sekarang tidak lagi... hehehehe.. kalau boleh tiap sejam sekali nak pergi jumpa sang dentist. mana tau kot2 gigi aku runtuh semua... hahaha. miang keladi punya budak ::

Thursday, 7 February 2013

hari yang indah



hari yang indah


aku memang cenggini. 


sebab selalu nya yang pelik2 ni orang tak suka. so kurang sket saingan aku. 
strategi tu beb.
hehehehe






aku rasa saiz aku dah nak mencapai sasaran. cuma colour je tak jadi cenggini. 










:: dari kotak epal hijau ~2 3 kucing terberanak, petang2 ni macam sedap je angin, kalau orang dah tak nak, aku lagi la beribu2 tak hingin! puii la woi! ::

Thursday, 31 January 2013

minor surgery

assalamualaikum.

pagi tadi pegi kelinik gigi dengan niat nak cabot gigi bongsu yang asyik membengkakkan pipi aku ni ha. tak tau pulak aku klinik hari khamis kat sini dipenuhi dengan ibu2 yang baru lepas pantang dengan stokin bagai dengan kain batik nye nasib baik tak ikat rambut macam hantu jenglot je bawak baby check up kot. dekat kelinik gigi ni pulak yang nak check gigi semua ibu2 yang mengandong pulak tu. ape mase mengandong kene cabot gigi ke?? ok dorang sume pandang aku pelik je. aku rasa aku dah datang salah hari. lantak lah. 

masok je bilik check up... gile gabannnn!!!! hensem dodol dentist nye kot........!!!! dah kawen kot nih.. tak pon kompem dah ade makwe. hahaha. vavun2!! kalo buat mukadimah macam ni dalam karangan kertas 2 spm memang dah jadi karangan sampah nih.

yang sebenarnya aku nak bagitau gigi bongsu tu tak boleh cabot secara normal tadi. dah buat appointment pon dengan dentist tu nak buat minor surgery. aku dah agak dah.. sebab selalu sangat dia mencederakan gusi dan membengkakkan pipi aku ni ha. gosip ni dah sampai kat kota tinggi. tikah memang vavun. bukan nak bagi kata2 semangat lagi dikutuk2 nye aku. vavun ko.

siyes aku takot nih weyh. masa kene admit hospital dulu pon tak takot macam nih. padahal masa tu bergelen2 darah aku kene ambik berbotol2 air dengan ubat dicucuk kat aku ni ha.

vangang aku takot. 




gamba tak de kene mengena. 


:: dari kotak epal hijau ~ aku tiba2 rindu dekat orang yang pernah bagi aku keychain patrick star. hahahahah! muntah hijau la ko tikah kalo ko baca nih... hahahah!! ::

Monday, 28 January 2013

jangan buat maksiat tepi rumah orang

lama tak update.

sehari sebelum paper last final exam hari tu, 2 makhluk Tuhan paling mangkok ni datang lagi tepi rumah sewa kami. first mereka datang seminggu sebelum ni kitorang nampak budak2 ni berciom dalam kete. memang bullshit punya budak2 buat maksiat tepi rumah orang. memang la rumah student tapi ape kau ingat kitaorang ni jenis buat maksiat macam kau ke ha!! kali kedua budak2 ni datang tak tau la diorang buat ape. agaknye main congkak kot dalam kete tu sampai bergoyang bergegar kete tu. bullshit tol. agaknye bile dah kene tempik dengan suara petir kitorang dorang macam tak jadi buat pape dalam kete tu.

















aku taget budak pompuan tu budak sekolah. tgk muka pon dah tau. weyh adik. taubat la adik oit. akak yakin one day adik akan menyesal tahap dewa la atas ape yang engko buat nih. kalo boypren engko tu ikhlas nak dekat ko, die tak kan ajak ko buat maksiat tepi rumah orang. get a room la woi!! murah je pon hotel kat arau tu.





:: dari kotak epal hijau ~ kalau jumpa kete ni dekat mana2, korang baling je taik :

Wednesday, 16 January 2013

puii



saje nak tunjuk gamba yang dah basi
















aku stress.
rasa macam nak tampo je kucing ni. tak habes2 nak mengiow je. cuba la mengaum sket. baru la anak jantan.





:: dari kotak epal hijau ~ weyh si gadis. ko jangan sampai aku hilang pedoman sebagai wanita muslimah. kang ada yang makan kaki kang ::