Saturday, 9 March 2013

vengong



korang mesti pernah ada crush kan?? tipu la tak de.. korang asal keturunan sulu ke hape ke mesti ada pernah ada crush kan... kan? kan? kan??

ape rasa bila nengok crush korang kawen / kekasih orang ???

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

perghhhhh... aku rasa macam.... gelas goblet tu jatoh dari tingkat 40 hotel lim goh tong kat genting tu pastu kene pijak dengan gajah pastu kene lenyek dengan lori simen. lebih kurang macam tu la dia punya frust.
ni yang buat aku temenung ngadap tingkap sambil dengar lagu angin syurga nih. 


tapi kan.
aku dok frust2 kat sini, kita punya tentera2 polis2 komando2 tengah bermati2 dekat Lahad Datu nun. ape la sangat frust nengok crush kawen / kekasih orang kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan diorang. aku sendiri ngaku tak berani nak pegi pegang senapang sergah mangkok2 sulu tu pastu tembak diorang. 

yang aku rasa macam bagi fucuk u tu, aku ade perasan la kita yang dekat semenanjung ni boleh pulak buat konsert la tergelek2 sana sani la ape la. yelahhh... bukan adik beradik sedara mara mak ayah korang kan yang dekat sana.

macam mana la perasaan mama masa ayah dalam hutan dulu misi mencari sisa2 komunis.

 iye.. ayah gua bekas polis hutan. 
bapak gua sharp shooter masa zaman tu. beliau yang ajar gua cara2 menembak melastik cicak2 tiap malam jumaat, kucing2 yang berak kencing merata dekat kereta2 motor2 rumah gua, monyet2 yang curik telor ayam nenek gua. sarjan nasir (kawan baik bapak gua) pulak ajar gua cara2 nak tiup wisel sampai nak tetelan semua gigi gua nih. beliau bahagian trafik.





arghhhhh!! aku rasa macam dah kena skizofrenia je.





:: dari kotak epal hijau ~ baik aku kejar degree yang tak habis2 nih n master (insyaallah.....). sekurang kurang nye ilmu ni tak lari cuma kita yang kena lari laju2 nak dapatkan. tak macam laki asyik lari je. aku tak kejar pon diorang lari. wadepak tol. ::

Saturday, 2 March 2013

adios

Bismillah and Assalamualaikum.



cuti sem masa besenang lenang bergumbira di rumah hampir dah nak sampai garisan penamat.
 ya.. ya.. ya... tiket pukul 12 malam nih... 


esok pagi celik je mata dah tak payah nak mandikan 2 orang budak yang selalu mandikan aku sekali, dah tak payah pakaikan baju seluar bedak tenuk tapir kat dorang, dah tak payah nak suap sumbat paksa diorang makan, dah tak payah hantar ambik dirong dekat tadika, dah tak payah nak tekeluar anak tekak membebel bila mainan dorang besepah satu rumah terutama taman permainan dorang - bilik aku- , dah tak payah nak main basikal la bola la ape la petang2, dah tak payah nak hambat dorang masuk tido malam2, dah tak payah nak selimutkan dorang malam2 n dah tak ade orang nak pelok aku pagi2 petang2 malam2 subuh2 senja2 rembang...





omaigod... aku boleh sawan kuda macam nih....









:: dari kotak epal hijau ~ kalau dulu aku benci gile nak jumpe dentist. tapi sekarang tidak lagi... hehehehe.. kalau boleh tiap sejam sekali nak pergi jumpa sang dentist. mana tau kot2 gigi aku runtuh semua... hahaha. miang keladi punya budak ::